Thursday, January 29, 2009

Mazda RX3

Model dua pintu sebegini dikeluarkan dalam pelbagai model. Model RX3 versi 10A dan 12A adalah yang terkenal dengan enjin rotary nya. Model coupe pula adalah dari series 808 berdua pintu.

Secara peribadi, aku masukkan model ini ke dalam senarai model Kereta Jahat Se-Malaysia adalah kerana 'look and appearance' Secara fizikal, model ini mempunyai ciri garang dan liar. Walau bagaimanapun model ini belum boleh masuk ke level kejam (model yang akan aku tulis dalam keluaran akan datang). Bercakap soal rupa, RX3 mirip kepada legandary Ford Mustang Fastback. Mungkin di situ lah ciri fizikal yang mempengaruhi peminat peminat RX3. Bukan atas faktor Fastback sebenarnya, tetapi RX3 itu sendiri mempunyai sesuatu yang aku cukup minat, iaitu grill senyum dari serie 12A. Girll ini ataupun 'nose cone' dari model inilah yang membuatkan faktor faktor jahat kelihatan jelas berbanding model seangkatan; 10A dan 808 Coupe.

Aku kira, pesaing terdekat model ini adalah Liftback dari series Celica generasi pertama. Apa pun RX3 masih yang terbaik dari segi rupa jahat dan kejahatan enjin rotarynya.

Model RX3 sekarang cukup 'rare' dan menjadi buruan ramai dan peminat peminatnya kian meningkat. Model RX3 jika kedapan sekalipun dah tahap reban masih boleh mencecah RM 8000. Itulah penangan 'rare' dan kuasa jahat yang menghantui pemburu pemburu RX3. Serie 10A pun apa kurangnya. Mengikut pemerhatian aku, serie 10A dapat dijual sekitar RM 3000 ke RM 7000 dengan condition yang agak baik bergantung kepada modelnya juga. Tetapi jangan terkejut jika harganya juga melonjak ke RM 18000 atau Rm 35000 bagi yang telah di restore dangan baik atau complete original stock condition.

Berikut adalah contoh yang terdapat di Malaysia. Gambar ni aku kutip kat internet. Ada juga yang aku dapat dari pemilik pemilik model ni. Tengok la sendiri. Dah agak barai, reput dan karat tahap maksima, jangan harap la dapat beli kalau main tunggu tunggu. Semua model di bawah dijual dari RM 4000 ke RM 9000. Aku pun dah beberapa kali terlepas peluang keemasan.

Walau bagaimanapun, anda masih mempunyai pilihan jika wang yang menjadi penghalang. Model 808 coupe masih relevan dan boleh di upgrade ke level RX. Model coupe masih boleh dibeli dari RM 2000 ke atas.









Ni 10A member aku dan undergoing projek restorasinya....










Ni pulak 12A yang mengancam jiwa.





Mechanics of Rotary Engine

15 comments:

sharif said...

thanx for this website sebab betul2 membantu haha... kerete rx3 mengalah kn mustang klau ikut kn rupa haha..mmg garang..

Anonymous said...

Ada sesapa nak jual tak keta nie.

Anonymous said...

Aku pun tengah cari kerete ni, ade sesape nak jual?

rja said...

ada , pls cl 0192383143 mr raja

Anonymous said...

MINTAK TOLONG... klu ad kwn2 yg nk jual engine 12a... hubungi saya 0196096060 or 0133934433

Unknown said...

Kalau ada nk jual boleh wasap 0186686214

Unknown said...

Kalau ada nk jual boleh wasap 0186686214

Anonymous said...

kalau ada kereta rx3 nak jual blh contact 0193769347 (Mr.Ravi)

Unknown said...

Wanting to buy a coupe or 4 door for full restorstion. Any condition consideres

Unknown said...

Kalau ade rx3 nak jual contact sye 012-4222897

Unknown said...

reta ni mmg rare....kolet reta hot wheels rx3 pn belum tentu dapatkn puas aty kita...

Unknown said...

Kalau ade rx3 nak jual contact sye 01126626709

Unknown said...

Kalau ade rx3 nak jual contact sye 01126626709

MacQ said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kalau ade nak jual rx-2 atau rx-3 PM saya 0109319114