Assalamualaikum semua. Aku mula menulis blog tak la berapa lama sangat. Sejak tahun 2006 rasanya. Blog pertama aku berkisar tentang model model Lambda, Sapporo dan Starion di Malaysia. Sejak aku berblog sebegitu, aku telah berkenalan dengan kenalan kenalan lain yang juga mempunyai Kereta Jahat; i.e Lambda dan Sapporo. Dari model lain agak banyak jugak..!
Tapi kali ini tema Kereta Jahat Se-Malaysia diperluaskan dan dikhususkan kepada kereta era 1970 ke 1980. Ini bermakna kereta classic tak termasuk dalam senarai. Kereta separa retro dan front wheel drive juga tak termasuk di dalam list Kereta Jahat Se-Malaysia. Kereta yang akan muncul dalam blog ini cuma sebahagian dari series oldskool yang memounyai ciri ciri kejahatan peringkat tertinggi berbanding common oldskool lain yang terdapat di Malaysia.
Kejahatan pada penulisan aku berkisar pada bentuk dan bagaimana kereta kereta tersebut kelihatah jahat pada mata aku. Enjin besar dan berkuasa tinggi tak jahat jika tak cukup jika rupanya tak melepasi had kejahatan. Walau bagaimanapun, rupa yang jahat tetapi berhati ayam (chicken heart), masih aku kategorikan sebagai kereta jahat.
Ciri ciri kereta jahat mengikut pendangan aku
- 1970-1980
- Rear wheel drive
- Rupa jahat
- Di-make up supaya kelihatan jahat
- aku fikirkan lagi ciri ciri nya...
1 comment:
Assalam bro..nak tanya gambar kereta mitsubishi sapporo yang colour biru kat atas tu no plate apa ya. Sekali tengok macam kereta saya dulu plate SL4156. kalau ada nak jual mitsubishi sapporo minta hubungi saya call/whatsapp 0176188570
Post a Comment