Saturday, January 17, 2015

Datsun V520

Geng geng karratz pasti tau reta ni mai dari mana. Selepaih berpindah dari ibukota cinta, dia dapat reta ni di sana... rezeki berhijrah.

Bagi yang tak mengerti falsafah karratz, depa bukan nak tayang kepalsuan dari mekap yang ntah apa apa ntah. Yang ingin diketengahkan adalah inner beauty, art disebalik seni kimpalan, seni dan kualiti bodyworks. Dan yang paling penting body original yang utuh.

Tak guna kereta lawa pada kosmetik mekap saja. Ini penuh kepalsuan. Bak kata orang bijak pandai pada wanita yang mencari real man. Buang dulu bedak dua inci, buang bulu mata pelekat, botox, bengkung, cat kuku, lipstick dll. Lepaih tu baru tau lawa ka dak. Real women ka dak...

Lawa dak si karat ni?


PA10

Antara kereta yang menjadi target aku in case ada $$$ lebih adalah Datsun 160J PA10. Model ni berpotensi menjadi penjahat yang hebat. Namun buat masa sekarang model ni bukanlah model idola orang Malaysia. Depa lebih tertumpu pada model yang sudah glamer seperti 510, 808, ta22 & the siglings dll.

Size PA10 tak berapa besax dan tak juga kecik. Oleh yang demikian ia berpotensi menjadi preman malam dan Banglong Kola Kedah suatu hari nanti..












Berkenan aku nak mekap ala ala 68 Barracuda ni..



Volvo 240 GL Wagon

Ada dekat tiga taun juga la aku tak update weblog ni...

Sebelum aku berpindah ke sebarang, aku telah joi kesemua kereta kereta jahat yang aku miliki. 808 kopek aku joi ka Encik Shah. Lambda aku minta Encik Syuk joikan on behalf. Cedric 332 aku lepaskan ke Encik Aziz. Dan.... Zafira ke adik aku. Maka completelah aku buang dunia keretaku selama ini.

Setelah dua tahun.... dan sebelum aku pulang ke tanahair... ayoyo... terbeli tiga bijik kereta lain secara online. Member member tolong ushar. Maka aku miliki sebijik lagi 808 kopek, sebijik 808 sedang dan terbaru adalah bobo wagon.

Tapi 808 kopek sedang dalam proses penjualan sebab nak guna luit buat rumah. 808 sedang aku nak joi juga. Rm1200 sahaja kalo ada sapa sapa mau..

Maka nindia kereta jahat aku yang terbaru. Si Bobo Sungai Batu 500 bc. Bobo ni asalnya bobo standard. Namun aku tak buleh duk diam. Itu muka harus jadi muka jahat jugak. Maka Shahzan Garage Sungai Buloh telah berjaya melaksanakan ilham ini.

Namun.... masih ada yang perlu diusik lagi dari masa ke semasa...