Saturday, January 17, 2015

Datsun V520

Geng geng karratz pasti tau reta ni mai dari mana. Selepaih berpindah dari ibukota cinta, dia dapat reta ni di sana... rezeki berhijrah.

Bagi yang tak mengerti falsafah karratz, depa bukan nak tayang kepalsuan dari mekap yang ntah apa apa ntah. Yang ingin diketengahkan adalah inner beauty, art disebalik seni kimpalan, seni dan kualiti bodyworks. Dan yang paling penting body original yang utuh.

Tak guna kereta lawa pada kosmetik mekap saja. Ini penuh kepalsuan. Bak kata orang bijak pandai pada wanita yang mencari real man. Buang dulu bedak dua inci, buang bulu mata pelekat, botox, bengkung, cat kuku, lipstick dll. Lepaih tu baru tau lawa ka dak. Real women ka dak...

Lawa dak si karat ni?


PA10

Antara kereta yang menjadi target aku in case ada $$$ lebih adalah Datsun 160J PA10. Model ni berpotensi menjadi penjahat yang hebat. Namun buat masa sekarang model ni bukanlah model idola orang Malaysia. Depa lebih tertumpu pada model yang sudah glamer seperti 510, 808, ta22 & the siglings dll.

Size PA10 tak berapa besax dan tak juga kecik. Oleh yang demikian ia berpotensi menjadi preman malam dan Banglong Kola Kedah suatu hari nanti..












Berkenan aku nak mekap ala ala 68 Barracuda ni..



Volvo 240 GL Wagon

Ada dekat tiga taun juga la aku tak update weblog ni...

Sebelum aku berpindah ke sebarang, aku telah joi kesemua kereta kereta jahat yang aku miliki. 808 kopek aku joi ka Encik Shah. Lambda aku minta Encik Syuk joikan on behalf. Cedric 332 aku lepaskan ke Encik Aziz. Dan.... Zafira ke adik aku. Maka completelah aku buang dunia keretaku selama ini.

Setelah dua tahun.... dan sebelum aku pulang ke tanahair... ayoyo... terbeli tiga bijik kereta lain secara online. Member member tolong ushar. Maka aku miliki sebijik lagi 808 kopek, sebijik 808 sedang dan terbaru adalah bobo wagon.

Tapi 808 kopek sedang dalam proses penjualan sebab nak guna luit buat rumah. 808 sedang aku nak joi juga. Rm1200 sahaja kalo ada sapa sapa mau..

Maka nindia kereta jahat aku yang terbaru. Si Bobo Sungai Batu 500 bc. Bobo ni asalnya bobo standard. Namun aku tak buleh duk diam. Itu muka harus jadi muka jahat jugak. Maka Shahzan Garage Sungai Buloh telah berjaya melaksanakan ilham ini.

Namun.... masih ada yang perlu diusik lagi dari masa ke semasa...






Monday, October 22, 2012

Peralihan Zaman

Nampaknya dah tiga tahun aku tak menulis di blog ni. Hampir hampir aku lupa passwordnya. Hampir juga aku tinggalkan dunia oldskool dan beralih arah ke koleksi lain; petroliana dan kopitiam yang lebih tepat.

Selepas beberapa tahun bergelumang dengan oldskool, menubuhkan PHG dan akhirnya meninggalkannya, semangat oldskool dah 70 persen aku buang. Namun memori lama masih aku sekali sekala kenang jugak. Bila terjumpa kereta yang lebih rare, aku terlintas nak beli jugak.

Sejak berpindah ke seberang, maka berlambak lagi spesis rare yang aku temui. Kalau di Malaysia spesis ini memang super rare dan kini aku dapat rasakan tren membawak masuk spesis pickup dari luar terutama dari negara barat. Tapi kalau hampa sedar, di Nusantara ini pun tak kurang jumlahnya. Cuma lagu mana nak bawak balik Malaysia?

Spesis Fargo, Belmont, Apache dari negara jiran... wuhhuuuu...








Friday, November 6, 2009

I received this comment recently... What I can say, I have few buyers of this model. Please contact me if he wants to sell his 332 version... Taxi oso okeh.. Please advertise at my www.kuasakuda.com or www.playhousegarage.net

332



This Type is 330 Model



------------------------------

Anonymous has left a new comment on your post "332 Yakuza Style":

Turun la area2 pekan2 dkt Johor macam Pontian atau Muar, bersepah kete ni buat jadi teksi... xde nye rare2....

Publish this comment.

Reject this comment.

Moderate comments for this blog.

Posted by Anonymous to Kereta Jahat Se-Malaysia at November 6, 2009 7:36 AM

Tuesday, October 13, 2009

Kereta Kereta Jahat Se-Malaysia

Actually there are few good examples of mean cars in Malaysia. It just that I can't write properly and accurately. And also i'd prefer to write in my forum because it's more user-friendly. Not like this blog.


Gambar Kereta Jahat at Random






Guess!






Another 330 found last year in Selayang





330 lagi

Photobucket

Photobucket


My 332..

Saturday, February 14, 2009

332 Yakuza Style



Bagi yang agak pening pening lalat seperti aku dulu dulu, Gloria pada mulanya adalah model pesaing Nissan seperti juga Prince (Skyline). Tak tahu la apa yang Nissan buat, sehingga akhirnya dia dapat ngap kedua dua pesaingnya ini. Maka muncullah generasi Nissan Skyline dari 'merge' yang berlaku. Cedglo pula 'merge' yang terhasil antara Gloria dan Cedric.

Cedric 332 adalah generasi ke empat Nissan Cedric ayang dikeluarkan sekitar 1976-1979. Model ini juga dikeluarkan dengan model Gloria di Jepun. Cedric adalah model kereta mewah yang dikeluarkan dalam pelbagai model; Deluxe, Custom Deluxe, GL, GL-E, SGL, SGL-E, 2800SGL, and 2800SGL-E. Pesaing terdekat adalah dari model Crown keluaran Toyota. Manakala Gloria walaupun memakai chasis yang sama, kelainan dapat dilihat pada grill, tail light dan head light. Gloria adalah sporty version of Cedric.

Aku personally dah banyak kali drive model Cedric ni, specific lagi versi 332 ni la. Jenis ni adalah yang paling diminati di antara keluarga 330. Salah satu sebab adalah kerana pintu yang framelss tu. Keempat empat pintu tidak mempunyai bingkai dan ini membuatkannya lain dari yang lain.

Selain itu, 332 ni main pakai butang saja. Mau bukak bonet... picit je butang. Mau bukak pintu minyak, picit je butang. Walaupun dikeluarkan pada tahun 70-an namun power window cukup smooth dan kukuh... Aku tau la aku dok picit power window dia selalu.

Aku masukkan versi 332 kedalam kelompok Kereta Jahat bukan atas dasar kemewahan yang dimiliki oleh model ini. Tapi atas sebab 'look dan appearance'. Korang google la sendiri dan cari la sendiri serie 332 yang jahat kejam. Aku tau memang payah nak jumpa gambar menarik serie 332 ni kat web web biasa. Kalau tabah cari la kat web web Jepun yang sukar difahami. ** Hint** Cari la jugak info kereta kereta pilihan Oyabun..

332 Versi Jepun



332 Malaysia


Thursday, January 29, 2009

Mazda RX3

Model dua pintu sebegini dikeluarkan dalam pelbagai model. Model RX3 versi 10A dan 12A adalah yang terkenal dengan enjin rotary nya. Model coupe pula adalah dari series 808 berdua pintu.

Secara peribadi, aku masukkan model ini ke dalam senarai model Kereta Jahat Se-Malaysia adalah kerana 'look and appearance' Secara fizikal, model ini mempunyai ciri garang dan liar. Walau bagaimanapun model ini belum boleh masuk ke level kejam (model yang akan aku tulis dalam keluaran akan datang). Bercakap soal rupa, RX3 mirip kepada legandary Ford Mustang Fastback. Mungkin di situ lah ciri fizikal yang mempengaruhi peminat peminat RX3. Bukan atas faktor Fastback sebenarnya, tetapi RX3 itu sendiri mempunyai sesuatu yang aku cukup minat, iaitu grill senyum dari serie 12A. Girll ini ataupun 'nose cone' dari model inilah yang membuatkan faktor faktor jahat kelihatan jelas berbanding model seangkatan; 10A dan 808 Coupe.

Aku kira, pesaing terdekat model ini adalah Liftback dari series Celica generasi pertama. Apa pun RX3 masih yang terbaik dari segi rupa jahat dan kejahatan enjin rotarynya.

Model RX3 sekarang cukup 'rare' dan menjadi buruan ramai dan peminat peminatnya kian meningkat. Model RX3 jika kedapan sekalipun dah tahap reban masih boleh mencecah RM 8000. Itulah penangan 'rare' dan kuasa jahat yang menghantui pemburu pemburu RX3. Serie 10A pun apa kurangnya. Mengikut pemerhatian aku, serie 10A dapat dijual sekitar RM 3000 ke RM 7000 dengan condition yang agak baik bergantung kepada modelnya juga. Tetapi jangan terkejut jika harganya juga melonjak ke RM 18000 atau Rm 35000 bagi yang telah di restore dangan baik atau complete original stock condition.

Berikut adalah contoh yang terdapat di Malaysia. Gambar ni aku kutip kat internet. Ada juga yang aku dapat dari pemilik pemilik model ni. Tengok la sendiri. Dah agak barai, reput dan karat tahap maksima, jangan harap la dapat beli kalau main tunggu tunggu. Semua model di bawah dijual dari RM 4000 ke RM 9000. Aku pun dah beberapa kali terlepas peluang keemasan.

Walau bagaimanapun, anda masih mempunyai pilihan jika wang yang menjadi penghalang. Model 808 coupe masih relevan dan boleh di upgrade ke level RX. Model coupe masih boleh dibeli dari RM 2000 ke atas.









Ni 10A member aku dan undergoing projek restorasinya....










Ni pulak 12A yang mengancam jiwa.





Mechanics of Rotary Engine